CERITA

Cerita itu indah
Mencipta cerita itu indah
Cerita boleh jadi memori
Memori terindah
Kisah duka boleh jadi indah
Andai pencerita nya itu positif

Dunia ini luas
Seluas mata memandang
Makanya manusia itu ramai
Maka terciptalah pelbagai cerita
Cerita yang logik
Cerita yang tak masuk akal
Cerita yang lucu
Cerita yang sukar dilupai
Dan cerita yang menyakitkan

Tapi
Lagi sakit
cerita yang menipu
Apabila percaya
Hati ini akan terjauh
Jauh dari memandang kebenaran
Dengan itu
Penipuan akan menular

Hati !
Hati telah hitam
Tidak ada kebenaran
Kerna kebenaran itu menyakitkan

Maka itu ,
Aku seru wahai sekalian manusia
Janganlah pernah berpaling dari tuhanmu
Kerna kebenaran itu juga
Milik tuhanmu.

Comments

Popular Posts