CINTA NAN SUCI

Adapun hidup yang memerlukan satu jiwa
Atau jiwa yang lain untuk diteruskan kehidupan
Maka itu namanya cinta

Sesungguhnya kisah Zainuddin dan Hayati 
Telah menunjukkan kebangkitan sejati
Matinya yang dicintai 
Tidak bermakna berakhirnya hidup seorang pencinta
Bangkit dan terus berjalan
Seterusnya berlari dan dakilah setinggi-tinggi gunung
Redahlah seluas-luas lautan
Dengan penuh semangat
Kerana pengakirannya adalah keindahan

Perjuangan yang keindahan
Disemat dengan Cinta Yang Agung
Didatangkan pula pencinta yang sejati
Maka sempurnalah kehidupan seorang sang manusia


-Syahirah Sohaimi-

Comments

Popular Posts