CERITA SAYA

ini kisah perjuangan seorang manusia yang tidak ubah seperti manusia lain.
jatuh bangun kehidupan yang kadang kadang membina,
ada masa ingin meyentap nyawa sendiri.
pada mereka, setiap kejatuhan itu adalah hinaan
mereka yang hebat itu adalah mereka yang kelihatan sentiasa berjaya dalam apa jua keadaan.
hakikatnya, perjuangan tak seindah yang dipuji

golongan mereka adalah yang tidak dikenali, dilihat keji oleh mereka diusianya , terlintas dalam hati bahawa manusia ini tidak punya masa depan yang baik.
 hebat sungguh nujum pak belalangnya.

usiaku baru jejak 22 tahun
sangat muda seperti buah yang masih belum ranum masaknya
tapi bagi mereka di kampung , cukup tua ini umur, punya sudah cahaya mata, hebat di mata mereka
tapi tidak bagiku yang masih terkapai kapai mengejar impian setinggi gunung
cliche bunyi nya , tapi kebenaran dan kejujuran terletak ampuh di situ

lahirku ke dunia  sentiasa menentang alam
untuk memburu kebenaran yang hakiki
otaknya yang bergerak tanpa henti membantah setiap arahan seorang mejar
katanya mereka sama saja
suka memberi arah itu dan ini
sentisa pikir mereka benar

the truth is hurt

akhirnya ku akui
dan ku akur atas kehebatan Yang Maha Agung
tunduk ke bumi menyembah -Nya
bertekad untuk mengejar impian si mejar pencen

harapan ku semoga dia diberi umur yang panjang
akan dapatku buktikan kasih dan sayang ku kepada dia

sampai kita berjumpa lima tahun lagi...inshaAllah




Comments

Popular Posts