Tiga segi
dunia kerjaya atau bahagia
kenapa semua tidak jelas di minda
apatah lagi di mata kasar manusia
aku kau dan dia
ia tiga segi tapi bukan cinta
mencari mencuri dan mengambil
setiap inci peluang
kalah menang dan hilang
pengorbanan yang sia sia
kerana tiada rasa
aku menulis mencari idea
datangnya tidak diundang
bukan untuk dibaca atau difikir
ku keluarkan apa saja yang terbuku di dada
berat dan tak pernah ringan
tiada apa yang kurang malah makin beban
dan aku...
makin tidak faham
Comments
Post a Comment